Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2018

Latar Belakang SP10, Bandar Saujana Putra

Maklumat Umum Nama Taman : SP10, Bandar Saujana Putra Daerah : Kuala Langat Dun : N. 51 Sijangkang Parlimen : P.112 Kuala Langat Bilangan Penduduk : 2,000 orang Maklumat Sosio Ekonomi Penduduk di kawasan ini terdiri dari pelbagai golongan dan pekerjaan di bawah kategori M40. Latar Belakang Taman perumahan SP 10, Bandar Saujana Putra, Jenjarom terdiri daripada tiga (3) taman perumahan yang digabungkan iaitu Royal Ivory 1, Royal Ivory 2 dan Royal Garden dengan jumlah keseluruhan rumah berjumlah 738 unit.  Royal Ivory 1 merupakan taman perumahan terawal yang dibina pada tahun 2012 dan siap pada Ogos 2014. Menjelang akhir tahun 2014, sebanyak 10 keluarga terawal yang berpindah masuk ke SP10. Sehingga Jun 2018 kira-kira 85% atau 630 rumah telah diduduki sejak taman perumahan ini mula diduduki pada tahun 2014.